Thursday 12 September 2013

Susah senang kehidupan.

     Saban hari menghirup udara anugerah Ilahi. Melihat ciptaanNya yang indah lagi jelita belaka. Memerhati setiap perkembangan di sekeliling. Sedang aku duduk berseorangan, melihat gelagat manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Ada yang sedang bersedih, bergembira, bermurungan, dan sebagainya. Keadaan sekeliling menggelitik qalbuku sejenak. Terkikih-kikih tawa di dalam hati melihat begitu indah ciptaan Allah, Tuhan yang satu. Terbit rasa syukur kerana di beri peluang untuk menghayati setiap detik hidup yang entah bila pengakhirannya. Mati itu pasti. Setiap yang bernyawa itu pasti akan pulang ke pangkuan maha pencipta.

     Disebalik setiap keindahan ada tersirat dugaan yang dilontarkan untuk menguji tahap kekuatan seseorang. Setiap orang lain dugaannya, bak kata orang putih 'Everyone have different stories'. Untuk kita memahami situasi seseorang itu sukar jika kita tidak berada di tempatnya dan tidak melalui liku-liku hidupnya. Jangan terlalu mudah untuk kita menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa isi sebenar yang terkandung dalam penceritaan hidup mereka. Kadangkala, setiap kesalahan, kesilapan atau kekhilafan yang dilakukan bukan dibuat kerana suka-suka. Bagi sesetengah ciptaan Allah, mereka melakukan itu kerana terpaksa. Bersyukurlah kamu jika dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik belaka, senang-senang belaka kerana kesenangan itu tidak dimiliki oleh semua orang. Gunakanlah anugerah itu sebaiknya penghuni alam sekalian.

    Manusia biasanya memandang enteng terhadap sebahagian yang terlibat dalam kes-kes jenayah,gejala sosial dan gejala yang bersifat negatif. Mengapa? kerana kita semua tahu perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang negara mahupun undang-undang Islam. Dalam islam, manusia dilarang sama sekali untuk berdekat dengan kemungkaran lagi-lagi melakukannya. Mereka boleh dianggap sebagai golongan fasik. Dek kerana itu, kita semua begitu anti dengan mereka berperilaku negatif. Kerana ia boleh mempengaruhi orang lain yang tidak mempunyai iman yang teguh. Pernahkah terlintas dalam akal fikiran kita, mengapa mereka berbuat sedemikian? Pernahkah hati terdetik mengatakan mereka berbuat demikian kerana mereka berasal dari keluarga yang kurang pendapatan? Pernahkah hati terdetik mengatakan mereka melakukan perkara itu kerana tiada seorang pun di antara golongan senang memberi peluang kepada mereka untuk mencari rezeki yang halal? Pernahkah di antara golongan berada ini berfikiran positif terhadap mereka walau hanya sebesar zarah? Pernahkan kita semua fikir, kita juga berkemungkinan salah satu punca mereka berbuat demikian?

    Kadangkala kita semua alpa dengan kesenangan hidup, sehingga mereka yang kurang bernasib baik itu ditindas, dihina, dicaci maki tanpa belas kasihan. Perkara demikian mendorong mereka untuk memberontak dan melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti mencuri, merompak, merogol, bergaul bebas dengan jantina yang bertentangan, dan sebagainya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh meruntuhkan akhlak seseorang dan mempengaruhi orang sekeliling. Sebagai masyarakat yang berperikemanusiaan, kita seharusnya bantu golongan ini untuk mencari redha Allah, bukan menghukum mereka sesuka hati kerana hak menghukum itu hanya lah hak Maha Pencipta. Kita perlu bersangka baik atau dalam bahasa arab 'Husnuzon'. Lebih mulia jika kita mendoakan kesejahteraan hidup mereka agar Allah beri mereka petunjuk ke jalan yang lurus dan benar.

  Beringatlah kita semua, bersyukurlah pada setiap inci kesenangan yang dianugerahkan Ilahi. Jangan kita sia-siakan segala kesenagan itu. Sekali terdetik sifat riak dalam diri, sekelip mata kesenangan itu boleh runtuh dan menjadi hak orang lain. Dan mungkin, hak kesenangan yang kita miliki sekarang akan beralih menjadi hak mereka yang kurang bernasib baik suatu tika dahulu. Tumbuhkan sifat rendah diri, sifat suka bantu-membantu dalam diri. Tidak lupa juga untuk bersangka baik sesama manusia. Jangan menghakimi hidup seseorang jika kita tidak tahu perjalanan hidup mereka.

Friday 31 May 2013

Gadis.

   Matahari terbit memancar,  menerangi dunia ciptaan Maha agung. Termenung  seorang gadis belasan tahun di atas buaian yang tergantung rapi hasil binaan arwah datuknya. Gadis ini memiliki sifat periang, seorang gadis yang tidak kenal erti kemurungan. Sepanjang hidupnya, jarang sekali kemurungan melanda dirinya. Dia hanya mengerti tentang kemewahan, hiburan dan gelak tawa bersama rakan-rakan.  Gadis ini beranggapan, kawan-kawan mereka adalah penaik semangat di kala jatuh, di kala masalah menguasai diri, kawan-kawan lah yang pertama di cari. Sehingga dia mengendahkan kewujudan keluarga. Keluarga yang bersifat umpama air dicincang tidak akan putus.
   Kehidupannya dulu bagai tiada batas, pergaulan antara lelaki dan perempuan sudah seperti satu kebiasaan. Konsert-konsert yang di adakan bagai satu majlis yang wajib di hadiri, tidak kira berapa jumlah wang yang perlu dilabur hanya untuk menikmati hiburan yang merosakkan diri. Apa yang penting baginya hanyalah berhibur bersama rakan-rakan tanpa memikirkan orang tuanya yang semakin meningkat usia atau dalam erti kata lain, semakin uzur. Sedang asyik dia bergembira, berlakunya kejadian yang tidak pernah dialaminya sebelum ni. Dia bagai tidak mempercayai akan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia menangis, dia meraung. ‘Ya Allah’ Perkataan yang dulunya jarang disebut kini asyik berulang dibibirnya. Kemurungan yang jarang dihadapi dulu kini menguasai diri. Tubuh badan menjadi lemah longlai, bagai tiada tulang yang menyokong isi tubuhnya.
    Penyesalan yang begitu tinggi membuatkan dia sedar akan kesilapan lalunya, kekhilafan yang mendorong dia melakukan kemungkaran, kejahilan yang dilakukan sehingga memberi impak buruk terhadap dirinya. Kini, dia berhijrah. Berhijrah ke arah kebaikan, ke arah kemuliaan.  Segera dia pulang ke pangkuan ibu dan ayah yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan hidupnya. Ibunya lah yang membangkitkan kembali semangat yang dulunya luntur.  Sedang enak dia berhayun di atas buaian, dia berhenti sejenak. Lalu terfikir tentang masa lalunya.
   Kawan? Kawan yang dulu di anggap segala-galanya. Yang di anggap menjadi teman setia di kala duka. Teman yang bersamanya di kala gembira. Sekarang? Di manakah mereka? Di waktu aku sengsara? Mengapa mereka tiada bersama? Di mana mereka? Berbagai persoalan betubi-tubi menembak fikirannya. Kini dia sedar, tidak mudah untuk mencari teman setia yang sentiasa ada bersama kita tidak kira di waktu senang atau susah. Alhamdulillah kini hidup dia mulai tenang, mulai bahagia di sisi keluarga tercinta. Mereka lah pengubat seksa.

p/s; tidak kira berapa juta kawan yang kita ada, keluarga tetap yang utama. Persahabatan yang setia sangat sukar untuk dijumpai. Jika anda sudah mempunyai kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang, hargai lah mereka.


Aku nak share sikit mutiara kata hasil pencarian di google. Haha mana yang aku berkenan tu aku kopi letak gula lebih sikit.


  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting
  • Jangan lah bersedih dengan kata maki dan tuduhan nista yang dilemparkan kepadamu, sesungguhnya ia tidak menghinakan dirimu sebaliknya mereka menghinakan diri mereka sendiri. 
  • “Kita memerlukan pemuda yang soleh dan pemudi yang beriman untuk membina institusi keluarga bahagia”(muqawwimaat saadatuzzawaj)
  • Kata-kata seperti ubat. Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan
  • Aku tahu bahawa Allah  telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang
  • Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat
  • Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana kasihnya akan tertutup buatmu
  • Jika kamu ingin disenangi manusia, maka senangilah mereka 
Semoga apa yang dinyatakan dapat membantu sedikit sebanyak ;)
What Do You All Know About Life?

Life? Okay haritu i was bbm-ing with one beautiful young lady.
She is a daughter of my mum's friend.
She is one year younger than me.
She said, she love how strong the way i manage my life
How strong i manage my life? Indeed, i bet she knew what i've been through.
Then she asked me 'How can you conclude about life?'
I respond 'I'm not really good in giving conclusion about life but all i can say, based on my experience and after almost 17 years i've been living, problem will never stop chasing us. Problems will occur after one and another Eventhough im still young but i've gone through a lot of things. Things that not all people get the chance to face it. I am really grateful for that. Even how huge the problem, try as best as you can to solve. Because every problems always hv their own solution. Without problems, you can never know how strong yourself. Sometimes, being strong is the only option you have. Is best if you can hide all your pain. It is better to keep your weakness than show it out to public. Even we feels like dying inside, just stay tough, strong and smile. Managing life is like collecting frog in a bucket. A task that difficult to control or coordinate. But always remember "Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan mereka" So the conclusion is, life and problem are like a sun shining in the morning. Things can never be saperated. Without sun, our morning is incomplete. Same goes to our life, without problems there is no colour in life, its dull. No matter what, stayyy positive and strong. Because positive thinking lead us to the positive action! Prevent yourself from a negative thought.

That beautiful young lady said that was a perfect conclusion ever.
I am so glad she thought that so.
My advice to all, keep your faith strong and be professional when you handle things. Goodluck in life! ^^



Thursday 30 May 2013

"Leopard will always be a leopard"

Memalam cenggini teringat pulak perbualan dgn ibu haritu.
Cerita dia mcmni, time tu aku dressing pakai maxi dress. Gaun labuh gitu lah kan.
So, keperempuanan tu amat2 lah terserlah. Takpe lah, aku mmg perempuan pun kan haha
Bak kata ibu 'ayu' ha gitu haha.
So time tu dalam kereta otw nak pergi KL.
Time on the way tu ternampak group indian gaduh.
I was like 'Pehhhh gaduh bhaiiiii'.
I dont know where i go wrong till mum said
"Muka ayu, sekali cakap hampehhh" 
Then i was like "what? What? What?"
Mum said "yelahh muka dah ayu, baju dah gigirl, tapi sekali nampak orang gaduh, ha bhai bhai terus"
Well mum, I just being myself. 
No matter how the way i dress up, i'm always me.
"Leopard will always be a leopard"

Okay i admit sometimes i wonder, some people may say "Why must you change yourself just to please people? Let them accept you just the way you are"
Suddenly, Some questions pop-out from my mind. 
"Cemana kalau perangai dia teruk gila tahap kuasa koboi naik kuda bawak ayam? Haa parah dah tu. Takkan orang nak terimaaaaaa je perangai buruk tu? tak boleh ke usaha sikit berubah jadi lebih baik?"
Well well well mari kita bincang bersama.
Wait?! Bersama? Aku rasa mcm aku bincang sorang2 haha.
My opinion, actually they need to understand each other. Haruslah terima mereka seadanya, maka sebelah pihak lagi cuba lah usaha untuk menjadi lebih baik. Yee, kita mmg takkan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Sekarang-kurangnya kita memuaskan hati majoriti. Sampai bila kita nak minta orang terima kita seadanya sedangkan sikit pun kita tak berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Mereka sering berkata "Helehhh, buat apa nak jaga hati dia, hati kita dia bukannya jaga". Dari segi ini pula, rendah-rendah kan lah diri wahai saudara dan saudari. Biar kita disakiti, jangan kita menyakiti. :)

"Jadi diri sendiri itu lebih baik" :)

Luaran dan Dalaman

Ingat senang ke diam
Parah sebenarnya.
Luaran? sangat bising. 
Dalaman? diam je sebenarnya.
Dia nak bising jugak.
Tapi mulut ni tak bagi.
Otak tak izinkan.
Hati?
Dia pun duduk diam haha.
Malas.
Malas.
Malas.
Bukannya malas apa,
Yelah, malas lah.
Malas nak serabutkan fikiran.
Tapi, tkbermakna lari dari masalah.
Doa.
Doa, Jalan Penyelesaian.
Berserah.
Dia,
Maha Mengetahui,
Maha Perancang,
Maha Penentu.