Friday, 31 May 2013

Aku nak share sikit mutiara kata hasil pencarian di google. Haha mana yang aku berkenan tu aku kopi letak gula lebih sikit.


  • Mencapai kejayaan adalah penting, tetapi kesungguhan dalam mencapai kejayaan itu adalah lebih penting
  • Jangan lah bersedih dengan kata maki dan tuduhan nista yang dilemparkan kepadamu, sesungguhnya ia tidak menghinakan dirimu sebaliknya mereka menghinakan diri mereka sendiri. 
  • “Kita memerlukan pemuda yang soleh dan pemudi yang beriman untuk membina institusi keluarga bahagia”(muqawwimaat saadatuzzawaj)
  • Kata-kata seperti ubat. Bermanfaat ketika sedikit dan membunuh jika berlebihan
  • Aku tahu bahawa Allah  telah menetapkan rezeki untukku dan tiada mungkin ada orang lain mampu merampasnya. Dengan itu hatiku menjadi tenang
  • Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat
  • Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana kasihnya akan tertutup buatmu
  • Jika kamu ingin disenangi manusia, maka senangilah mereka 
Semoga apa yang dinyatakan dapat membantu sedikit sebanyak ;)