Thursday, 30 May 2013

Waktu Dulu.

Aku rindu, ye aku rindu.
Waktu dulu.
Waktu yang dipenuhi gelak tawa
Waktu yang dipenuhi gurau senda
Waktu yang dipenuhi kasih sayang di antara
Waktu yang dipenuhi sinar cahaya gembira
Gembira? Ye aku gembira.
Tapi di waktu itu juga buat aku leka,
Leka mengejar dunia.
Dunia?
Ianya hanya sementara.
Semua tahu?
Aku pasti semua tahu.
Tetapi apakah tindakan mereka sebagai penghuni sementara?
Penghuni yang bakal menjadi penduduk tetap akhirat.
Akhirat?
Itulah tempat yang hakiki buat semua ciptaan ilahi.
Sejauh mana kita mengejar dunia,
Akhirat juga tempat kita.
Namun di akhirat kelak terbahagi kepada dua,
Yakni, Syurga dan Neraka.
Semua tahu?
Ye, semua tahu syurga itu hanya untuk orang beriman manakala, Neraka adalah sebaliknya.
Segalanya terletak pada tangan sendiri,
Mahu Syurga atau Neraka.
Fikirkanlah.

P/s; Peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat handai yang di cintai.