Wednesday, 29 May 2013

Al-kisah si Anak Muda.

p/s; Hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan sama ada yg hidup ataupun mati.

  Di pagi buta dikala dua kelopak mata ciptaan Ilahi enggan beristirahat, mata yang tidak sedikit pun rasa mengantuk, minda seraya berfungsi memikirkan tentang kisah lalu yang seringkali berterbangan mengelilingi akal fikiran.
  Setelah beberapa bulan menjalin ikatan yang tidak sah di mata Maha Pencipta, ikatan yang sangat 'famous' dalam kalangan remaja masa kini, ikatan kasih sayang hanya bisa dibuktikan dibibir anak kecil yang dipenuhi pembohongan, tambahan ucapan kata-kata manis yang tiada erti. Yang hanya mampu menoda hati para gadis sunti yang tidak berfikir panjang tentang impak yang bakal mereka tempuhi. Tika alam remaja, perkara yang amat menyakitkan bagi mereka hanyalah 'Broken-Heart'. Seperti saya. Saya merupakan salah seorang gadis yang pernah mengalami perkara sedemikian. Perit rasa hati yang tidak bisa digambarkan mahupun dengan apa cara sekali. Hanya Maha Kuasa yang mampu membaca lubuk hati yang bagai di pecah masuk lalu dihiris-hiris penghuninya. Sakit…
  Yang pada mulanya dikatakan sangat indah bagai menatap di istana, di layan seperti ratu hati yang begitu istimewa, bagai jantung hati yang tidak bisa di gantinya. Indah, sangat indah. Setelah ku korbankan masa, wang, dan nilai kasih sayang yang tiada tandingan. Ye, aku akui pada ketika itu, hanya dia bagai putera idaman, hanya dia yang mampu buat aku senyum dan gelak ketawa, hanya dia yang ada bersamaku waktu susah dan senang, namun aku buta. Mataku bagai ditutupi dengan helaian hitam. Gelap permandangan sehingga aku tidak bisa melihat pengorbanan ibu dan ayahku sendiri. Nilai kasih sayang mereka aku endahkan. Dimataku hanya dia insan yang mampu beri kebahagiaan.
   Segala yang dianggap jernih bertukar keruh setelah segalanya di balas dengan ‘aku sudah tidak menyayangimu lagi, maafkan aku’. Allahuakhbar! Itulah perkataan yang terlontar didalam hati. Tiada kata-kata yang bisa dikeluarkan dibibir kurniaan ilahi. Hanya air mata yang deras mengalir yang tidak pasti dimana penghujugnya, umpama sebatang sungai. Aku bagai seorang gadis hilang arah sehingga menimbulkan kerisauan pada ibu. Ibu, beliau lah yang bersamaku waktu itu, beliau lah bagai si pemujuk hati. Beliau bagai boneka lucu yang membuatku ketawa, mengukirkan kembali senyumanku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menghadiahkan aku seorang ibu yang perlu disanjung tinggi. Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku. Kini, hatiku mula pulih. Hatiku sudah mampu belajar menerima kenyataan, setiap yang datang itu pasti akan pergi. Namun aku masih bersyukur kerana diri aku masih lagi dalam keadaan suci, bagai filem melayu yang bertajuk ‘Aku Masih Dara’, Alhamdulillah.
   Pesanan buat rakan seperjuanganku, jaga lah hatimu wahai saudari. Jangan biar ia disakiti oleh insan yang bergelar ‘teman lelaki’. Ingatlah pengorbanan ibu dan bapamu. Kasih sayang mereka lebih bermakna berbanding kasih sayang olok-olok kekasihmu. Semoga harimu diberkati Allah Swt wahai si pembaca.